Event Syarikat

Booth Di KMC Alor Setar

Alhamdulillah 13 Disember 2022 sehingga 16 Disember 2023 walaupun last minute preparation, dalam sibuk-sibuk renovate office dan mencuci rumah yang nak di serah kunci, FASBINA CONSTRUCTION SDN. BHD. buka booth di KMC Alor Setar .. InsyaAllah di masa akan datang kami akan update bila dan di mana akan buka booth lagi, sila datang ke booth kami beramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana.  simpan sini buat kenangan... 

Booth Di UTC Alor Setar

Pada 19 Desember 2023 sehingga 22 Desember 2023 dan pada tarikh 12 Januari 2023 sehingga 15 Januari 2023 team Fasbina membuka booth dengan tema "HARI BERTEMU PELANGGAN" di UTC Alor Setar dan beramah mesra dengan pengunjung. Acara ini diadakan adalah untuk dekatkan lagi dan mengetahui konsep-konsep rumah idaman masyarakat di Kedah.

Booth Di Stadium Alor Setar

Semperna Karnival Hari Penyayang 2023 yang bertempat di Stadium Alor Setar, Fasbina tidak melepaskan peluang untuk bertemu ramah dengan masyarat yang hadir sepanjang Karnival tersebut berlangsung. 

Alhamdulillah sambutan yang amat meriah selama 5 hari bermula pada tarikh 24 Ogos 2023 sehingga 28 Ogos 2023. Terima kasih yang singgah booth Fasbina di Lot P1, Perkarangan Stadium Darul Aman.


Booth Di Pasar Pagi Kampung Berjaya Alor Setar

Pada penutupan tahun 2023 Fasbina betapak di pasar pagi Kampung Berjaya Alor Setar. Idea aktiviti ini datangnya dari CEO Fasbina untuk beramah mesra dengan masyarakat dan pengunjung pasar di Kampung Berjaya  sambil memperluaskan lagi nama syarikat Fasbina di masyarakat setempat. 

Justeru CEO Fasbina turun padang untuk beramah mesra dan mendekati pengunjung untuk memberi konsultasi dan cadangan atau idea membina rumah secara percuma dan mereka boleh bertanya dan mengetahui langkah dan bahan-bahan yang digunakan oleh Fasbina untuk membina sesebuah rumah yang diimpikan setiap individu. 

Aktiviti ini juga, pengunjung boleh melihat pelan dan design rumah yang terkini tanpa rasa ragu-ragu walaupun sesetengah pelanggan yang hadir belum mencapai target untuk membina rumah idaman yang mereka inginkan.

Oleh itu, dengan aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pengunjung yang berhajat untuk membina rumah di masa terdekat atau di suatu hari nanti.


Link